Rabu, 20 Ogos 2014

Kisah Seram


Cerita Seram

Di dalam sebuah kampung tinggal dua orang yang bersahabat baik bernama Pok Lan dan Fauzi. Kedua-dua orang sahabat ini sangat rajin bekerja dari pagi hingga ke malam, dari malam hingga ke pagi..

Pada suatu hari terfikirlah Pok Lan untuk pergi bercuti sambil merehatkan fikirannya yang semakin lama semakin buntu dengan beban kerja yang dihadapinya. Maka pada malam itu berkatalah Pok Lan pada Fauzi.. " Zie! aku rasa dah sampailah masanya kita untuk bercuti, rehatkan fikiran... apa pendapat engkau?"

"Elok sangatlah tu... Kemana kita?" Jawab fauzi dengan bersungguh-sungguh. "Aku rasa baik kita pergi ke hutan... sambil melihat alam semulajadi, boleh gak kita cari-cari tempat untuk memancing..!" sambungnya lagi sambil memikirkan ketenangan yang akan mereka kecapi setelah berada di sana nanti.

Setelah mencapai kata sepakat maka pada hari minggu berikutnya bertolaklah mereka ke hutan untuk memenuhi hajat yang terpendam di hati mereka. Kira-kira matahari segalah di atas kepala, sampailah sudah mereka di pinggir hutan berhampiran dengan sebuah sungai yang agak lebar dan dalam airnya. Terus saja ia menyusuri sungai itu masuk ke dalam hutan.

Sekian lama berjalan, belum juga sampai ke tempat yang hendak ditujunya. "Dah lama sangat kita ni Lan!.. bila kita nak sampai?"tanya Fauzi yang mula curiga. "Sebenarnya aku pun kurang pasti gak tempat tu... tapi kalau tak silap aku ada satu tempat yang cantik dan ada air terjun disebelahnya. Itupun dulu aku ikut bersama bapak aku menjerat rusa, terjumpa tempat tu."Pok Lan pun mula tak sedap hati.

Hari hampir gelap,lalu mereka mengambil keputusan mendirikan khemah di suatu tempat yang agak lapang berhampiran situ. Setelah siap, mereka hidupkan unggun api dan memasak makanan untuk santapan malam itu. Kawasan hutan memang cepat gelap berbanding dengan di luar sana.

Setelah menjamu selera mereka, bersandar Fauzi pada tiang khemah sambil menyalakan sebatang rokok. "Itulah engkau, kalau tak tahu kan baik cakap tak tahu aje!" Rungutnya pada Pok Lan. Jawapan bisu daripada Pok Lan kerana dia tahu memang itu salah dia. "Kalau macam inilah suasananya bercuti, pagi besok baik kita balik aje!" sambung Fauzi lagi.

"Yelah, yelahh..!" Jawab Pok Lan lalu terus masuk ke dalam khemah. "Tu la engkau, cakap sikit dah nak melenting."dengan bersahaja Fauzi sengaja meninggikan suara.

Tiba-tiba terdengar suatu suara mengilai yang sungguh kuat di atas pokok. "....Hiiii...hiii..hii....hhiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!! Fauzi tersentak dan secara spontan mendongak ke atas lalu ternampaklah dia akan perempuan berpakaian putih, berambut panjang mengerbang, membelakangkannya sambil duduk berjuntaian kakinya di atas dahan pokok. Makhluk itu terus mengilai dengan kuat dan mendepa-depakan tangannya menampakkan kukunya yang panjang. Di tangan kirinya sedang memegang sebiji kepala monyet yang masih berlumuran darah sedang menitik-nitik ke bawah.

Fauzi menjadi kaku dan tidak dapat hendak bergerak dan mengeluarkan suaranya. terasa seperti di gam seluruh anggotanya pada tempat dimana dia bersandar.

Tanpa disangka, pontianak itu berpaling dan memakukan matanya pada Fauzi seperti memarahinya... matanya yang bulat dan gigi taring yang terkeluar daripada mulutnya menampakkan kesan darah segar daripada kepala monyet itu yang baru dihirupnya.

Pontianak itu terus mengilai dan memberikan senyuman yang mengerikan pada Fauzi yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu takut.

Pontianak itu mencampakkan kepala monyet kebelakang dan terbang turun perlahan-lahan menghampiri Fauzi dengan tangannya yang menjulur ke depan seperti hendak mencekiknya.

Semakin dekat tangan pontianak itu menghampiri leher Fauzi untuk menembuskan kerongkongnya dengan jari-jari kuku yang panjang dan tajam itu dan ............."PANGGGGG!!"...... satu tamparan hinggap di pipi!..
"Kan mak dah cakap jangan mengarang cerita seram!!... dah! pergi tidur.... besok nak ke sekolah!" Nisa terus menutupkan buku dan pergi gosok gigi sebelum masuk tidur.

Ha..haha......

Kisah Lawak Kedai Mamak


Kisah Lawak Kedai Mamak

Di kedai mamak yang sarat dengan pengunjung dan ada kemudahan WIFI yang canggih, seorang pemuda dengan semangatnya membuka laptop barunya dan bertanya dengan pekerja mamak password WIFI di situ.

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Lawak Kisah Lucu Helikopter

Lawak Kisah Lucu Helikopter

Tiga orang di dalam helikopter yang sedang terbang di udara.

Orang pertama menggigit sebuah epal. Dirasakan terlalu manis, ia melemparkan epal tersebut keluar.

Orang kedua menggigit jeruk, tapi kerana terlalu masam, ia pun membuangnya keluar.

Orang ketiga menggigit bom tangan dan kerana terlalu keras, ia pun melemparnya keluar.

Ketika helikopter mendarat, ketiga orang tersebut berjalan bersama-sama.

Mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji epal jatuh dari langit, menimpa anak kucingku, dan mati, hu.hu.hu.”

Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji jeruk jatuh dari langit, menimpa anak arnab saya, terus mati, hu.hu.hu.”

Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok.

“Makcik, kenapa tertawa?” tanya mereka.

“Tadi itu, saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..”

(Lawak) Cara kenakan roomate yg menyakitkan hati

20 cara untuk kenakan roomate yang menyakitkan hati!

Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Huh!! This list is just for fun!

Pak Mat Stress

Pak Mat Stress

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

 Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??

Kisah lawak atuk dan nenek

Kisah lawak atuk dan nenek 

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ?

Kisah Lucu: Bapak Yang Baik Tapi Hampeh


Bapak Yang Baik Tapi Hampeh

Pada suatu hari ada seorang bapak yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang memandu keretanya tiba-tiba melihat seorang ibu tua yang sedang memakan rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu itu, lalu ia bertanya...

Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?

Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...

Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!

Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...

Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!

Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...

Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?

Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...

Ibu: #$%@*&^$...

Kisah Lawak : Orang Lama


Orang Lama

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"

Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT 

Kisah Lawak Lucu Orang Gila


Kisah Orang Gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?"

Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Doktor : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Doktor : "???"

Kisah Lucu: Nenek Pegang Kuat-Kuat


Kisah Lucu: Nenek Pegang Kuat-Kuat

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

Kisah Lawak Doktor Pesakit


Kisah Lawak Doktor Pesakit

Seorang pesakit berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Doktor: Saya sebenanya ada dua berita untuk awak..

Pesakit: Berita baik ke berita buruk, doktor?

Doktor : Dua-dua..awak rasa nak dengar berita baik ke atau berita buruk dulu?

Pesakit: Apa berita baik dia doktor?

Doktor : Berita baik dia... hayat awak tinggal 24 je lagi..

Si pesakit mengangguk...pasrah

Pesakit : Berita buruk dia?

Doktor : Berita buruk dia..... saya terlupa bagitahu awak kelmarin.....

Cerita Lawak: Jilat Bontot



Cerita Lawak: Jilat Bontot

Jamal telah pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai...

Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Jamal menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,

"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Jamal terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Makcik Gatal

Makcik Gatal

Di suatu hari yang indah, seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnya.

Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..

Malam tu..

Time penyelidik tu nak mandi..maklum lah bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" lah..dia pun nak pi ngendap si anak muda ni mandi....
Makcik ni kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap ni..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..

" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"

Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..

Gadis Skirt Ketat dan Seksi


Gadis dan Skirt Ketat

Seorang gadis cantik dan cute berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat  eparas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.


Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan
tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?"

Cerita Lawak Hantu


Cerita Lawak Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park kereta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..

Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...."

Cerita Lawak: Harta Warisan


Harta Warisan

Andi adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan wang tunai berjuta-juta ringgit setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia berasa susah hati dan risau bagaimana caranya untuk menyimpan harta dan wang tersebut.

Disimpan di Bank nanti takut Bank muflis. Disimpan dibawah katil nanti takut diambil pencuri. Setelah berpikir cukup lama, akhirnya Andi mendapat idea, ia bercadang hendak menanam wang itu dibelakang rumahnya, Setelah selesai menanam wang tadi Andi telah memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!".

Tanpa diketahui Andi kawannya yang bernama Ucop telah melihat apa yang dilakukan Andi dari mula sehingga sehelai. Setelah lewat tengah malam, Ucop pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut.

Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Ucop pun mengganti tulisan yang ditulis Andi dengan tulisan yang sangat besar "BUKAN UCOP YANG AMBIL!".

Kisah Lawak Telur


Kisah Lawak Telur

Seorang pakcik, berumur 70-an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit. Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan.. RM5 ribu. kadang2 RM8 ribu.. ade jugak sampai RM12 ribu!!

Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank. Pengurus Bank pun pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan. Maka berlakulah perbualan berikut:

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik: Boleh.. ape salahnya..
Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?
Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..
Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..
Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!
Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..
Pengurus Bank: Ok..

Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau.

Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak.
Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang!
Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7.

Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik: Kenapa pulak?
Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..
Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?
Pengurus bank: Silakan..
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.
Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..
Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..
Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..

Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..
Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..
Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?
Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..
Pengurus bank: NOKHOROMMMM!!

Lawak Karangan Huruf P

Arahan:
Buat karangan menggunakan huruf 'P' tidak kurang 120 patah perkataan..

Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat...Perghhhhh

Lawak Rumah Baru

Ada sebuah keluarga akhirnya dapat pindah ke rumah baru iaitu sebuah banglo mewah.

Beberapa hari kemudian, anak bongsu yang berumur 5 tahun bertemu dengan jiran lama.

“Bagaimana ye rumah barumu ? Tentu selesa dan besar ” tanya si jiran lama.

“Ya, memang best. Kami 3 beradik punya bilik masing-masing. cuma kasihan mama sebab tetap saja sebilik dengan papa.” jawab si anak mulus.

Lawak Tak jadi Culik

Ayah: Kau balik naik kereta sape tadi hah??

Anak: Tak tau la,diorang cakap diorang tuu penculik

Ayah: Hah! Penculik!? Habis kenape diorang hantar kau balik plak??

Anak: sebab saya bagitau pekerjaan ayah laa

Ayah: ape yg kau bagitau kt diorang??

Anak: Saya cakapla ngan jujur yang ayah nie pemalas,keje tido jer, penganggur, makan sekali sehari itupun nasi dengan kicap, tuu yang diorang hantar balik, nie hah siap belikan nasi goreng dan bagi RM10 ni buat belanje sekolah.. 

Lawak Kisah Pengalaman Pertama

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati.

Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk.

Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda.

Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.

Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda......

Lawak Air Asia: Pramugari dan Orang Tua

Kisah ini bermula setelah sebuah kapal terbang Air Asia berjaya mendarat di KLIA.

.....Tuan-tuan dan Puan-puan ,anda telah selamat tiba di Kuala Lumpur...Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.....

Ketika penumpang bersesak-sesak hendak keluar dari kapal tersebut,seorang pramugari tiba-tiba terlihat seorang datuk tua berkaki ayam..

Pramugari (hairan): Eh, pakcik? Kenapa berkaki ayam ni?? Mana pergi kasut pakcik??

Pakcik: Ni la budak-budak zaman sekarang ni, masuk tempat orang tak reti-reti bukak kasut..tak sopan langsung!..Tak paham pulak tu! memanglah pakcik tinggalkan kat luar sebelum masuk td,kan itu sopan namanya..bila keluar nanti pakcik ambikla balik!!

Pramugari: Hmm....saya doakan agar pakcik boleh dapat semula kasut pakcik tu..

LOL!

Lawak Denda Anak

Daniel: Masa aku remaja dulu kan, kalau buat salah, ayah aku denda kurung masuk bilik sehari tak bagi makan. Aku rasa seksa betul.

Aaron : Samalah macam aku, teringat zaman remaja dulu.

Daniel : Budak sekarang, kalau aku denda masuk bilik makin seronok dia sebab dalam bilik ada laptop, boleh main facebook.

Aaron: Jadi macam mana kau denda anak kalau buat salah?

Daniel : Senang je, aku tutup Wifi..

Lawak Hampeh: Versi 'cepat', versi 'biasa'

Man, berbadan gemuk ingin kuruskan badanya,lalu dia pergi ke fittnes center. salesgirls di kaunter menawarkan 2 program kepadanya, RM 50 untuk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat' lalu dia pun memilih versi 'biasa', selepas membayar RM50, salesgirls tu menyuruhnya pergi ke bilik No. 5


Man pun masuk la ke bilik No. 5, beberapa minit kemudian seorang awek hot, body lentik, bertetek besar masuk kedalam bilik Man dan mengunci pintu bilik itu, Man pun terkedu. dengan selamber awek tu menanggalkan pakaiannya, lalu berkata "kalau abang dapat tangkap saya, abang boleh buat apa sahaja dengan saya.....hik.hik.hik!" dan awek tu pun terus berlari didalam bilik itu, Man dengan ghairah terus mengejar awek tu. kejar punya kejar sampai laa Man jatuh tersungkur lalu Man pun pengsan

apabila sedar, Man terus menimbang dan mendapati beratnya hilang sebanyak 3kilo. "woww..berbaloi aku bayar RM50 tadi"

keesokkan harinya Man datang,tapi kali ni Man memilih versi 'cepat' punya. salesgirls tu meminta Man masuk ke bilik No. 8 pula

selang beberapa minit, seorang lelaki "bodybuilder" berbadan besar masuk kedalam itu dan menanggalkan pakaian dan terus mengunci pintu bilik itu. Man dengan aneh melihat lelaki tersebut. bodybuilder tu pun berkata "sekarang saya akan kejar kamu didalam bilik ini, tapi kalau saya dapat tangkap awak.............HEHEHEHEHE! ;D

Lawak Anak Yang Baik Sangat

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya.... 

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna" 

Wanita 2: "Apakah dia merokok?" 

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!" 

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?" 

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik" 

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?" 

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga" 

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?" 

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!

Lawak Gempar #1 CIA kesan maklumat terbaru di Malaysia

Pihak CIA yg turut terlibat dalam pencarian MH 370 benar-benar terkejut apabila satelit mereka mencerap suatu penemuan baru di Utara Tanah Air Malaysia.

Akibatnya CIA telah mengklasifikasikan tiga negeri di Utara semenanjung, iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis sebagai negeri tercangih dan berpotensi dijadikan hub teknologi tinggi.

Ini disebabkan pihak CIA mendapati rata2 rakyat di negeri2 tersebut sering berbicara tentang teknologi satelit atau sebutan ringkasnya SAT contohnya .... maiSAT, SATlagi, dudukSAT ... dan TungguSAT.

Ketiga-tiga negeri ini juga dipercayai turut berkongsi menggunakan satelit mereka sendiri yg dipanggil SATno ... kerana pihak CIA mendapati ayat ini amat kerap digunakan diketiga negeri2 tersebut - Sumber Radio Karat

lawak Laki Bini #6 Rebut Remote Control

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..

" Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "

*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2.

Lawak Laki Bini #5 Kalau Bukan Isteri



Salim pergi ke klinik untuk memeriksa keadaan dirinya yang sering keletihan. 

Selepas membuat pemeriksaan doktor bersuara, “Saya belum dapat pastikan penyakit awak. Sebaiknya awak hentikan dulu hubungan intim awak dengan isteri buat sementara waktu.” 

“Itu perkara kecil sahaja doktor, tapi...” kata Salim teragak-agak

“Tapi apa?” tanya doktor.

“Bagaimana kalau dengan bukan isteri?” tanya Salim perlahan.

Lawak Kampus #2 Murid Terlalu Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".